May 19, 2013

Sahabat yang dilupakan

Terbaca daripada luahan seorang sahabat:

Kita mudah sangat berkata.."kita kawan sampai bila-bila", "keep in touch", "Terima kasih menjadi kawan saya" and so on.

Tapi...

Bila Lori Milo datang bagi Milo Free (contoh) langsung saja kita lupa kawan.
Lupa kebaikan dia, lupa waktunya yang dia luangkan bersama kita..kita lupa semuanya. Kita "bahagia" minum Milo sendiri-sendiri.

Jahatnya kita. Menjadi sahabat mengikut tempoh masa. Bila susah di cari, senang dia dilupa, bila dia tiada di depan mata..tiada lagi ingatan kepada dia. 

Rasa-rasanya, layakkah kita digelar kawan?

:: Kawan, sahabat ::


Begitulah antara ayat yang pernah sahabat aku katakan tiap kali sebuah perpisahan itu berlaku. Akan tetapi tidak semua yang mampu memanjangkan sebuah persahabatan dan mengekalkan persahabatan itu bah kan ada yang terus menghilangkan diri dalam dunia baru yang tercipta selepas berpisah.

Tidak dinafikan bagi aku, erti persahabatan itu suatu yang bermakna kerana aku seorang yang menghargai sahabat di sekelilingku dan akan sedaya upaya untuk mengekalkan perhubungan tersebut, tapi sekiranya hanya aku seorang saja yang beriya-iya untuk mengekalkan perhubungan itu terasa tidak berbaloi. Belum tentu jua aku menjadi seorang sahabat yang baik di mata mereka jua. 

hahahahah, tamat entry sementara untuk hari ini.



Luahan hati daripada seorang sahabat. 

1 comment:

Kay Sablihan said...

Huhu..betul3.hargailah sahabt kite terutama yg sering mnydarkn kita hakikat dunia dan akhirat..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...