Feb 8, 2010

sejarah masyarakat Iban

Kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak ,mareka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarekei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri. Kebanyakan kaum iban tinggal berkampung di rumah panjang.

Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama Kristian sebagai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.

Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati. Tajau berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang. Sebilangan kecil masyarakat bumiputera Iban masih lagi mengamalkan kepercayaan animisme.

Perayaan Gawai ( Pesta Menuai ) merupakan perayaan utama bagi suku kaum Iban. Jenis-jenis Hari Gawai adalah seperti Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang, dan Gawai Antu yang meyembah benda-benda yang terdapat di alam semesta ini. Antara sambutan Hari Gawai Dayak yang dijalankan pada hari pertama dan kedua pada bulan Jun adalah penting. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam menunjukkan hasil menuai padi sepanjang tahun. Tuai rumah merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan sambutan yang penting ini. Perayaan Gawai juga tidak akan lengkap, sekiranya Tuak tidak dihidangkan. Minuman yang diperbuat daripada ragi dan beras boleh didapati di rumah panjang.

Kaum Iban mempunyai bahasanya yang tersendiri, iaitu bahasa Iban, bahasa Iban mempunyai banyak persamaan dengan bahasa Melayu, bahasa Iban merupakan bahasa yang seragam (homogenous). Masyarakat Dayak-Iban merupakan satu-satunya bangsa bumiputra di Malaysia yang mempunyai system tulisan yang disebut 'Turai'. Iya nya mempunyai tidak kurang daripada 59 abjad yang mewakili bunyi sebutan seperti tulisan rumi. System tulisan ini berkesan apabila orang Iban dapat merujuk keturuan sehingga 15 generasi yang terdahulu dengan darjah ketepatan yang mengagumkan dan juga merekodkan peristiwa penting. Salah satu peristiwa yang penting dalam sejarah orang Iban ialah 'Pirate of Beting Maro' dimana mereka mematahkan kemaraan penjajah dan merampas harta kebendaan pihak musuh.

Antara kebudayaan Iban lain yang menarik adalah:

* Ngajat
* Ngayau
* Ngayap

-source from wikipedia-

1 comment:

Unknown said...

NAk ADAT PERKAHWInAN IbAN bAA . PlEASS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...