Sep 14, 2010

impian

Manusia sememangnya mempunyai begitu banyak keinginan. Kalau boleh setiap manusia menginginkan kehendaknya dipenuhi walaupun kehendaknya begitu susah untuk dicapai. Begitu jua dengan aku. Kehendak serupa dengan impian. Kehendak tidaklah sepenting dengan keperluan, tetapi dengan adanya kehendak kita akan berasa puas dan gembira.

Impian atau kehendak.

Aku mempunyai banyak benda yang aku telah lama impikan sejak aku kecil lagi. Ada diantaranya telah tercapai tetapi banyak lagi belum tecapai. Salah satunya impian aku untuk memiliki sebuah handycam yang telah lama aku impikan sejak dibangku sekolah menengah lagi.

Handycam, sebuah alat yang mampu merekod segala yang aku ingin rakamkan didunia ini. Aku mempunyai hobi untuk merakam segala detik-detik yang telah aku lalaui bersama-sama kawan-kawan, keluarga dan yang paling penting gelagat manusia yang pelbagai yang telah aku lihat.


Manusia mempunyai pelbagai ragam yang kadang kala sukar untuk kita ramalkan. Kadang kala kita sendiri tidak menyedari akan tindak tanduk kita apabila berada diluar rumah dan paling aku suka apabila kita dapat merakam detik-detik lucu yang berlaku disekeliling kita.

Otak kita mempunyai memori yang terhad untuk mengingati sesuatu peristiwa yang telah berlaku. Sebab itu juga aku terfikir untuk memiliki handycam, aku dapat merakam segala detik-detik indah yang telah aku lalui bersama-sama kawan-kawan dan keluarga aku lebih-lebih lagi apabila kami berkumpul ramai-ramai, ketawa bersama dan aksi spontan yang kami telah buat. 

So, dengan adanya rakaman daripada handycam itu, aku dapat mengimbas kembali segala peristiwa yang berlaku diantara kawan-kawan dan keluarga aku.

Hmm.. entah bilalah agaknya impian aku untuk memiliki handycam ini tercapai erk? Duit juga menjadi masalah utama dalam segala impian yang ingin kita miliki. Lebih-lebih lagi aku sebagai seorang pelajar belum tentu lagi impian untuk memiliki handycam akan tercapai. 

Nampaknya kena tunggu beberapa tahun lagi agaknya baru tercapai kot impian aku untuk memiliki handycam. Para blogger di luar sana pun mesti mempunyai impian yang belum tercapai lagi kan.. 
apa kata kita berusaha sama-sama untuk mencapai impian kita! 
Oh yeah~

2 comments:

dark r0se said...

me also have my wishlist~;) huhu;)

wasabi onee-san said...

really.. all of us hv a wishlist~
but depends on us how to get it..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...