Jan 25, 2011

Malu aku malu....


Hari ini aku dah pun membuat perkara yang memalukan diri aku  sendiri. 
Hahaha..
Itulah orang kata cakap pandang-pandang, aku pula cakap main sedap mulut je tadi.
Haiya!!
Sebenarnya, tadi aku ternampak budak perempuan kelas aku, kawan sekelas jugalah, sedap-sedap je makan kat depan aku.

Aku pun rasa ingin tahulah apa yang dia tengah makan itu.
Di sebabkan rasa ingin tahu yang begitu mendalam, aku tanyalah kawan yang duduk sebeblah aku 
" Wei, agaknya apa yang dia makan?"

Kawan aku pula menjawab..
"Entahlah! Kau janganlah tanya banyak sangat, tak baik tau tengok orang makan"

Aku tetap berasa tak puas hati dengan jawapan kawan aku tadi. Kecian perempuan tu, aku renung dengan perasaan ingin tahu apalah yang dia tengah makan tu.

Kawan aku pula geram giler kat aku dan terus tegur aku..
" Oii, ko jangan tengok-tengok dia makan boleh tak?"

Aku cuma tersengih aje la time tu..
Tiba-tiba terdengarlah suara perempuan itu menyampuk perbualan kami dua.
"Saya tengah makan cendawan goreng laaa... Saya beli kat Lego tadi o.. Nanti kamu akan sentiasa tengok saya makan dalam kelas o sebab saya lapar laaa.."

Aku dan kawan ku tergamam..
Hahaha, tak ku sangka dia mendengar rupanya perbualan aku dan kawan perempuan aku tadi.
.
Aishh,,, malu siott..
Pengajarannya kita janganlah mengumpat di depan dan di belakang orang sekali pun.. 
Tengok apa dah jadi...
adoiyaiii.. 


1 comment:

FATIN SYAFIQA said...

Hakhak. Sedapnya cendawan goreng! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...