Mar 24, 2012

Isu Panas

~Sumimsen~

Topik untuk hari ini adalah MENGUMPAT.
Apa itu mengumpat atau turut dikenali mengayam ketupat?
Mengayam ketupat tu adalah sejenis aktiviti yang akan d buat tiap kali menjelang hari raya, tapi mengumpat?
Mengumpat adalah aktiviti harian sekumpulan manusia yang suka menabur fitnah, mengutuk orang lain, membuang masa dan mulut cam longkang busuk. 
Korang hidulah bau mulut orang yang suka mengumpat, kalau ada yang bau ala2 longkang tu la dia maharaja mengumpat.
Ahahahahahaha..

Sebab aku buat topik nie adalah aku hairan asal la manusia suka dengki dengan orang lain sedangkan manusia tu tidak sekalipun menganggu hidup mereka. Perlukah hendak amek peduli akan hidup orang lain sedangkan hidup diri sendiri pun tak la sePERFECT mana kan?

Gago --> bak kata orang Sarawak kat orang yang suka menyibuk hal orang. Apalah guna kalau tinggi ilmu pengetahuan, tinggi ilmu agama tapi mulut suka bercerita benda buruk pasal orang lain? Apakah hak individu tersebut untuk mengata tentang kehidupan orang lain sedangkan kehidupan diri sendiri pun penuh dengan masalah? 

Itulah sikap masyarakat zaman sekarang. Mulut bukan main mengata, tapi tidak SEDAR DIRI.
Kisah yang aku dengar pagi tadi membuatkan aku terfikir ke manakah letaknya AKAL FIKIRAN mereka, yang seorang belajar bukan main tinggi, yang seorang pula dah lanjut usia tapi hobi suka mengata orang lain. Hilang respect aku yang muda terhadap pekerja ditempat aku kerja nie.

Manusia oh manusia, bilakah nak sedar diri..
Kita tidak selayaknya menghakimi kehidupan orang lain kerna kehidupan kita turut tidak sempurna dimata orang lain.


8 comments:

Cik Farhana said...

Agreee ~!! Just abaikan..pecayalah suatu ari nnt org lain pula yg akan buka aib diorg sbb p'buatan buruk tuh.. :)

wasabi onee-san said...

yup! tgh wt bodo je dgn sgala tindak tanduk diorg..

ღKekunangpelangiღ said...

Mulut orang sampai bila-bila pun tak boleh tutup,
senang cerita sejak dari zaman Adam lagi. Tabahlah. :)

Nurul Akmal said...

Perangai memag sentiasa ada & tak akan berhenti.. ade je yg x kena dekat mata org.. Biaselah mulut org bukannye kita boleh tutup..

Boni JLL3 said...

tu la..suka sangat mengata orang tu orang ni..kadang2 pelik dengan manusia..at least apa salahnya support each other kan??hurm, ni saya datang nak gtau entri tu dah ada sambungan da..sila terjah ye :)

Mata Pena Fadz said...

inilah antara sebab kenapa prempuan rmai yg masuk neraka...
jdi berusahalah menghindarinye...

cik ika said...

mulut org ni memang ta ley nk tutup..biakan je..

Nurul Akmal said...

Mulut org.. sampai bila2 pun tak akan tutup..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...