Apr 4, 2012

Pondok Gelap

Tersimpan sebuah kisah di pondok gelap itu. Tempat tersimpan 1001 kisah.
Tempat dimana manusia menjadi rakus, hilang pedoman dan hilang nilai-nilai kemanusiaan.
Lelaki mula menguasai manakala wanita menjadi boneka.

Pondok gelap nama diberi.
Tempat manusia melampiaskan nafsu berahi.
Keseronokan bermula tatkala malam menjelma. Tiada rasa jijik walaupan tempat tersebut turut menjadi kediaman haiwan-haiwan liar.

Godaan demi godaan melemahkan manusia. Nafsu lebih menguasai dari akal fikiran yang waras.
Jari-jemari bermain dalam kegelapan. Manusia kecundang dibawah godaan Syaitan.
Keseronokan bermula pabila kepuasan telah dituruti.
Manusia telah kalah, kalah dalam permainan syaitan.


3 comments:

Boni JLL3 said...

hurm..tak tau kenapa..saya suka sangat poem ni... ye.. kita sepatutnya berusaha untuk mengelakkan diri kit terjerumus ke lembah2 yang kotor dan penuh dosa tu..sesungguhnya seksaan yang bakal dihadapi di alam akhirat tersangatlah peritnya.. semoga kita dijauhkan daripada godaan2 syaitan yang semakin mengganas sekarang.. dengan lahirnya beribu2 anak2 luar nikah adalah contoh paling kuat mengatakan yang syaitan telah berjaya dalam misinya.

wasabi onee-san said...

yup, tu la hakikat dunia skrg.. suma dh mnjd rakus, x dpt thn nafsu..
d mn2 jenayah smkin brleluasa..

Boni JLL3 said...

kan?? apa nak jadi la sekarang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...