Feb 8, 2013

Perjuangan telah berakhir

Keputusan semalam telah menunjukkan akhirnya aku berjaya mengakhiri kehidupan aku sebagai seorang pelajar. Setelah 4 tahun bertungkus lumus demi mengenggam segulung ijazah, akhirnya aku berjaya walapun sedikit terlewat daripada sahabat-sahabat aku yang lain. Kegagalan demi kegagalan yang aku hadapi walapun kadang-kala sering kali melemahkan semangat aku telah membuahkan hasilnya semalam. Aku berjaya menamatkan pengajian aku. Aku puas walapun pointer aku taklah segempak mana pun, tapi aku lulus. 
Berkat daripada sokongan ibubapa dan sahabat-sahabatku yang tak putus-putus bagi semangat, di saat kejatuhanku, mereka sentiasa di sisi dan sudi mendengar luahan ketika ku berputus asa. 
Aku bersyukur kerana aku dikurniakan sahabat-sahabat yang mengambil berat akan aku disaat aku kejatuhan dan ibubapa yang sporting kerna tidak memarahi anaknya ini yang mengecewakan mereka. 
Tidak ku sangka, 4 tahun berlalu dengan begitu pantas. Begitu banyak telah ku lalui, pahit dan manis ketika bergelar seorang pelajar dan kini menjadi bakal graduan. Aku mengenali begitu banyak sahabat daripada serata negeri di Malaysia dan bergaul dengan pelbagai kaum. Aku berasa bertuah. 
Sesungguhnya aku merindui kenangan yang tercipta bersama sahabat-sahabatku dulu, kenangan bergila-gila semasa kelas, melancong, melepak di bilik sampai larut malam, menonton movie bersama, bersukan dan banyak lagi. Itu belum lagi ditambah dengan kenakalan dalam kelas dan saat mencuci mata ketika di dalam library. Oh, kenangan itu terlalu banyak dan tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. 
Sekarang, semua telah membawa haluan masing-masing. Ada yang sudah berkahwin, ada yang sepi tanpa khabar berita dan ramai lagi yang masih berhubung antara satu sama lain. Walaupun kita dah berjauhan, kenangan bersama kalian masih segar dalam ingatan. Semoga persahabatan ini tidak akan putus walaupun kita berjauhan. 

Aku sering tersenyum seorang pabila menaiki bas awam sambil mengimbas kenangan yang melucukan pada
suatu ketika dahulu. Seorang sahabatku pernah berkata jangan diimbas kenangan yang lalu, tapi bagi pendapat aku, kenangan lalu boleh diimbas kenangan gembira harus diingati dan disimpan dalam memori tetapi kenangan yang menyebabkan kita bersedih tidak salah untuk kita lupakan supaya kita tidak berterusan menyakiti hati kita sendiri. 
Kini, perjuangan ku telah berakhir. Tempat ku bertemu sahabat-sahabatku hanya menjadi kenangan. Kenangan yang tidak akan dilupakan. Disitulah aku telah belajar untuk menjadi seorang manusia, seorang dewasa dan seorang yang mampu berdiri sendiri.


2 comments:

Albert Jagreo said...

Mencuci mata di library kan..heheh

Unknown said...

hahahaha !!
stalker ko ni kn albert >_<

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...