Aug 24, 2010

Masalah


Masalah…
Manusia memang tak pernah lari daripada masalah..
Masalah tak akan selesai sekiranya manusia sentiasa lari daripadanya..
Begitulah jua dengan aku..
Hidup aku senantiasa di timpa masalah..
Asal satu masalah selesai, pasti mendatanglah masalah baru menimpa aku..
Selalu jua aku lari daripada masalah yang mendatang menyelubungi hidup aku, tapi apakan daya lari sejauh manapun ia tetap tak akan selesai sekiranya tiada tindakan..
Apa boleh buat, mahu tak mahu aku kena juga hadapi hakikat yang kehidupan seorang manusia tak akan sempurna sekiranya tiada masalah dalam hidupnya..
Walau sesempurna manapun hidup seseorang individu itu, mereka juga tak akan terlepas daripada masalah..
Itu cuma terpulang dengan cara seseorang itu mengatasi atau menghadapi masalah yang dialami oleh mereka..
Bagi aku banyak onak duri yang telah aku hadapi dalam hidup ini.. lebih-lebih lagi sejak aku hidup sebagai anak perantau.. Ragam manusia, masalah keluarga, masalah kampus, masalah cinta dan macam-macam lagi telah banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar..
 ala, walaupun tak lah banyak sangat tapi cukup untuk aku jadikan pedoman dalam kehidupan aku agar aku tahu cara untuk mengatasi atau menghadapi masalah yang aku selalu hadapi..
hmm.. sungguh berat rasa hati ku ini untuk meluahkan masalah yang aku hadapi kadang kala, tapi kalau tak diluahkan boleh memberatkan otak… kadang kala rasa sakit tidak dapat diungkap dengan kata-kata sekiranya masalah yang kita hadapi kita tidak menemui jalan penyelesaiannya..
Oleh itu wahai teman-teman blogger sekalian, jikalau ada masalah jangan lah segan silu luahkanlah kepada orang yang anda percayai.. nescaya melalui sesi meluahkan perasaan atau masalah yang di hadapi.. maksud aku berkongsi masalah itu dapat membantu melegakan perasaan yang membelenggu dalam diri anda. Disamping itu, dengan meluahkan masalah korang kepada teman-teman may be mereka dapat membantu meringankan masalah korang dengan member pendapat atau nasihat bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut.

1 comment:

Sumandak Kinabalu said...

Hello...
setiap org ada masalah sendiri, bezanya cara penerimaan kita...
kalau ada masalah, baiklah share dgn kawan2, family or org yg kita percaya...
mungkin tidak semua dpt di selesaikan tp sekurang-kurangnya ada yg sudi mendengar...
tak baik biarkan bertimbun dalam hati kerana kadang2 kalau sudah terlalu parah, itu yg menjadikan seseorang hilang arah/pertimbangan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...