Aug 30, 2010

watcha!! exclusive experience in my life...



hahahaha..
Yesterday, 27/08/2010, my 1st time in my life membawa kereta ke jalan raya tanpa bimbingan dari parentsku..
Almaklum lah selama aku berjaya mendapat lesen kereta nie, aku tak pernah pun dibenarkan membawa kereta ke jalan raya lebih-lebih lagi setelah aku melanggar motor bapaku sampai kemek.. hehehe
macam-macam pengalaman yang aku dapat walaupun baru sehari jer aku memandu kereta.. nak p ke padang besar la beb..

Dalam perjalanan nak p ke padang besar tu, macam-macam gaya pemanduan yang telah aku buat walaupun dengan tak sengaja nya..
Firstly, time aku bawa kereta tu, aku hampir je jatuh dari bukit biarpun bukit tu tak lah setinggi manapun.. 3 kali aku g tukar gear 1 tapi malangnya tak juga dapat-dapt naik dengan lancar.. alih-alih hampir je aku melanggar pembahagi jalan dan mau tak mau nyer aku minta tolong la dari seorang pak cik yang terlihat aku dan kawan aku terkial-kial nak menaikkan kereta kami tu.. dah tu bukannye kereta kami yang kami bakal menjahanamkan tu, tapi kereta sewa beb.. hancusss...

ha, tu baru je bahagian pertama, yang kejadian kedua nyer aku bawa kereta untuk melepasi bahagian pemeriksaan JPJ.. hahaha, teruk tol la time tu.. boleh-boleh aku gelabah time tu, secara tak sengaja nya aku terbawa laju time lalu pemeriksaan tu.. Pihak imigresen tu marak aku pula, siap lagi dia tanya, "Dik, nak p mana nie? Dik, tau baca x yang sign board depan adik tu tulis apa?" Aku pula jawab, "Nak balik 'u' encik.. Tau, berhenti untuk pemeriksaan" Pastu, encik tu pula kata " macam nie ke student 'u', slalu sangat tak ikut peraturan?" hmm.. daku terdiam jer la time tu.. nasib la aku tak berapa dengar sangat apa la pak cik tu membebel kat aku nie..
hahahaha... buat bodo jer la, tapi dalam hati aku, geram tol la.. bukan jauh sangat pun aku berhenti, beberapa meter je, lagipun kebetulan aku cuma tak sempat nak tekan brek kereta time tu... huhuhuhu...

bahagian ketiga pula lebih dahsat bagi aku... time tu aku bawa kereta, tengok-tengok kawan-kawan ku yang lain sedap-sedap jer berehat di bahagian penumpang.. Aku pun jelous la cuz aku pun nak ikut berehat..
then, tiba saat tu timbul pula suatu rasa kenakalan yang menyelebungi jiwa ku.. chewah... Aku dengan cepatnye tekan signal kiri lalu memberhentikan kereta di tepi jalan.Pastu, aku berdebat seketika dengan kawanku itu untuk membawa kereta walaupun dia mengamuk cuz aku memberhentikan kereta secara mendadak.
time nak memberhentikan kereta tu la rupa-rupanya tanpa ku sedari adanya kereta JPJ mengekori belakang kereta sewa kami. JPJ tu dengan hebatnya memberhentikan kereta nya di hadapan kereta kami.. hati ku turut dipaut dengan keresahan yang amat mendalam, maklumlah takut kena saman.. lagipun aku pun takde juga duit untuk membayar saman tu.


Dup..dup..dup bunyi jantung ku berdegup dikala itu.. macam lagu dangdut la pula.. tibanya seorang lelaki dari JPJ tu bertanyakan kepada kami "kereta ada apa-apa masalah ke?" kawanku menjawab"takde encik". Lelaki itu bertanya sekali lagi, "kalau takde, kenapa memberhentikan kereta nie?" then aku pula menjawab, "kami cuma nak tukar pemandu jer, encik.." Lelaki tu berkata, "oh.. ingatkan ada apa-apa masalah la tadi, takpe la, jalan dulu.." Hmm, lega giler rasa hati time lelaki JPJ tu berkata demikian. kami pun meneruskan perjalanan dengan rasa penuh kelegaan..

bahagian keempat pula, bahagian terakhir dalam journey aku membawa kereta, tengah elok jer aku bawa kereta walaupun dengan kelajuan 40km sejam, tau la slow giler aku bawa, tapi aku kan pemandu berhermat, tiba-tiba ada la sebuah kereta, kereta wira kot, aku lupa la.. datang dengan ememcut aku sambil kepala seorang penumpang menjengah keluar lalu mengutuk aku kerna membawa kereta cam lambat kura-kura.. aku geram plus sakit hati time tu! sukahati dia je mengutuk aku di tengah-tengah kepanasan membawa kereta. aku dengan geram nya terus menukar kelajuan kereta ku dari 40km ke 100km... begitu sakit nyer hati ku, tetapi kawan-kawanku menenangkan aku cuz kami memang tak akan dapat melawan mereka cuz kami semua perempuan, diaorang lelaki, t apa-apa terjadi kat anak dara orang sapa la susah?? Lu pikir lah sendiri.. hahaha..

Perjalanan kami berakhir dengan penukaran pemandu iaitu kawan ku yang memegang kereta cuz tiap kali aku yang bawa macam-macam je yang terjadi.. ntah la kenapa jadi begitu. tapi walaupun begitu banyak dugaan dan cabaran yang kami alami dalam sesi membawa kereta, kami abadikan ia sebagai sebuah experience yang sangat berharga dalam diri kami. ye la kan, mana ada orang mengalami macam-macam pengalaman dalam masa sehari. gila juga ba tu.. hahahaha.. but i love this day cuz it teach me on how to handle a car on the crowded road with a lots of different people attitude.. so amazing... hahahaha.

LOTS OF LOVE..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...