Nov 5, 2010

luahan hati terpendam.....

Selebat-lebatnya hujan diluar, 
Lebat lagi hujan dihati aku, 
Sedalam-dalamnya banjir diluar, 
Banjir lagi menikam kalbuku...

Itulah madah kata-kataku pada hari ini..
Hidup tidak sentiasa cerah, paling banyak pun mendung jer.. (hidup aku la, hidup korang tak tau la)
Bukan main jer aku try berusaha mengubati hati nie, try juga tabahkan hati ini, kalau boleh ignore jer kata-kata orang, tapi apakan daya, aku hanya manusia biasa, punya hati dan perasaan jua. 

Sebenarnya kadang-kadang aku jelous gak tengok ramai kawan-kawan aku packing barang and balik kampung, jumpa orang yang tersayang, tapi aku plak?
Hurmm, nak balik ke tempat sendiri amat payah lebih-lebih lagi dengan masalah kewangan yang famili aku hadapi sekrang nie.

Aku dah tak tau lagi nak luahkan masalah aku dengan siapa.. Yang aku ada cuma blog nie sebagai peneman aku time bermasalah. Kadang-kadang kawan-kawan aku mesti naik jemu nak menadah telinga mendengar masalah aku kot.. Maklumlah mereka pun ada banyak masalah nak difikirkan, tak kan la aku pun turun nak menyibuk mnyusahkan mereka..

Aku berharap agar aku dapatlah tabahkan diri, walaupun tak berjumpa family selama setahun aku akan berusaha jua tabahkan hati!!
Akan aku anggap ini sebagai salah satu cabaran dalam kehidupan aku... (try nak motivate diri sendiri nie..)

1 comment:

Yua said...

sabar yerk.. be stromg ok =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...