Feb 12, 2011

Misteri Nusantara di Hostelku..



Misteri di definisikan sebagai sesuatu benda yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata dan biasanya dikaitkan dengan satu rahsia alam. Rahsia yang kita tidak nampak dengan mata kasar kita.

Entry aku pada hari ini adalah untuk menceritakan sebuah kisah benar, kisah yang menjadi misteri dalam hidup aku. Kisah ini tiada kena mengenanya antara hidup atau mati seseorang individu tetapi tidak tahulah dengan sesuatu paranormal yang ada disekeliling aku. 

(Ini adalah sebuah entry aku yang teramat skema dan tolong baca dengan pemakaian formal..entah apa-apalah)

                          
                                  *** iklan sebentar bersama kit kat***



Okey, berbalik dengan kisah misteri tadi, kejadian telah berlaku pada 5/02/2011 iaitu hari Sabtu bersamaan hari cuti untuk seluruh rakyat Malaysia dan hari permulaan cuti semester bagi aku dan rakan seperjuangan study aku.


**********************************************************************************


Petang itu aku, Wasabi onee chan dan rumate aku Labu-Labi (bukan nama sebenar) menjalankan aktiviti biasa kami iaitu memasak makan malam kami berempat. Maksud aku berempat tu termasuklah jiran-jiran aka kawan-kawan aku yang lain la, yang masih duduk dikawasan hostel time cuti semester. 

Selepas habis menjamu selera, kami pun cuci pinggan mangkuk kami ke dalam toilet ar, mana ada orang cuci tempat lain kan, takkan nak cuci kat tepi longkang?!!

Time kami enjoy mencuci pinggang mangkuk didalam toilet tu, kawan aku terlihat sabun pencuci jenama ATTACK ditepi sudut sinki toilet kami. 

Kawan aku bertanyakan dengan rumate aku c Labu-Labi:
"Oi Labu..!! Sabun pencuci siapa yang terletak ditepi sinki tu? Aku rasa nak pinjam la, nak mop lantai guna pencuci tuh.."

C Labu-Labi menjawab:
"Oitt..!! Tu aku punyalah, bukan jiran aku pun. Tapi kalo ko nak guna pun takpe lar, ambik je la."

Kawan aku pula bercakap (hehehe, BM salah nieyy..)
"Hehehe, ingatkan jiran ko punya, baru nak curi-curi guna cam aku curi-curi guna mop jiran sebelah bilik ko."

C Labu-Labi menyatakan:
"Hahaha, ba ambik la.. Aku saja tinggalkan sabun tu disini (toilet) sebab kan tak ada orang, so toilet nie boleh buat cam toilet sendiri."

So, kawan aku terlupalah nak membawa balik sabun pencuci tu dan rumate aku cam biasalah asal cuti je, memang sengaja tinggalkan harta dia dalam toilet tu. Maklumlah tiada orangkan.


*********************************************************************************

Malam itu bulan sabit menyinarkan cahayanya yang suram bersama bunyi sang cengkerik mendendangkan iramanya diluar bilik kami. Hanya aku dan rumateku saja yang berada diparas 5 nie dan hanya kami saja yang tinggal diblok nie. Kawan aku yang lain suma berada diblok lain dan kami hanya dipisahkan dengan 10 bilik saja. Walaupun hanya dipisahkan 10 bilik saja, itu tetap jauh kerana dengan tinggal kami berdua tidak mampu memecahkan keheningan malam itu. 

Malam itu aku mulai merasa keseramannya, tetapi aku mengendahkan perasaan itu. Aku menuju ke toilet keseorangan tanpa ditemani oleh rumateku. 

Aku memberanikan diri untuk menuju ke toilet walaupun hanya blok kami je yang gelap dek kerna lampu paras kami rosak dan paling teruk nye paras bawah kami, paras 4 turut tiada lampu kerna tiadanya penghuni disitu untuk membuka lampu paras.tersebut. 

Seusai saja aku membuat aktiviti yang biasa dilakukan oleh manusia didalam toilet, aku terus berlalu nak menuju ke bilikku.
Waktu itu aku berasa seperti ada orang mengekori aku dari belakang tapi aku tidak berani hendak menoleh dan berasa mungkin itu hanya suatu mainan perasaanku.






Rumate ku seperti biasa menonton movie dalam laptopnya dan aku kembali ke bilik sambil menyambung aktiviti biasa aku, hehehe, it's facebook time..!!

Pada pukul 10.30 malam, mata kau mulai kuyu macam petanda untuk zzzZZZZ, ting tOng.. it's tidur tymee..!! Aku menutup laptopku dan bersedia melabuhkan badanku diatas tilam hostel yang tak berapa empuk. Tak sampai beberapa minit aku membaringkan diriku, aku terus dibuai mimpi. Hanya rumate aku je masih berjaga sampai lewat malam.

Keesokan harinya, aku macam biasa menjadi orang yang pertama bangun pagi. Waktu itu menunjukkan jam 8.00 pagi waktu Malaysia bukan waktu oversea seperti yang diinginkan oleh para pembaca. Aku membuka mataku sambil melihat sekeliling bilikku. Aku kaget..!! Aku terkejut pabila aku memusingkan kepalaku 360 darjah (tipOo jer), memusingkan kepala kku ke kanan dan terlihat sabun ATTACK yang rumate aku tinggalkan di toilet semalam berada di tengah lantai antara katil kami berdua. Aku rasa pelik tapi aku ignore la sebab ingatkan rumate aku yang bawa masuk ke dalam bilik waktu aku tidur.

Akan tetapi, tatkala rumate aku bangun je dari tidur dia pun turut terperanjat dengan kemasukan sabun itu dalam bilik kami. Dia terus bertanya aku sama ada akukah yang membawa masuk sabun ATTACK dia ke dalam bilik.


Aku menafikan..!! Aku mengatakan aku ingat dia yang membawa masuk sabun tersebut didalam bilik, tetapi dia dengan yakin menafikan yang bukan dia membawa masuk sabun tersebut.

Kemudian kami berpandangan sesama sendiri. Muka kami menjadi pucat. Tindakan kami pada masa itu hanya mampu melarikan diri sejauh yang mungkin dari bilik kami pada masa itu. Tangan aku pula terketar-ketar menahan ketakutan...

Sampai ke hari ini, kewujudan sabun tersebut didalam bilik kami masih menjadi suatu misteri. Kami masih meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun masih takut untuk pergi ke toilet selepas pukul 10.30 malam.

Suatu paranormalkah yang telah memasuki bilik kami pada malam itu?

Sehingga kini ianya masih menjadi tanda tanya.....


MISTERI NUSANTARA







5 comments:

dayah SnoW Heuka said...

wahhh!! ee takotnye.. hhu.. saje jek kot mende tuh na kco2.. dia pon ada sabun sendiri gak ekeke

btw awk edit pic mmg pndi lg2 y las tuh suke meyh :D

Unknown said...

hehehe....
ye ke??!! trimas,,, tp nie kisah benar tau..!!

LaDY YeLLow said...

wah mmg seram giler, nasib baik i balik time 2...lau x mmg takut ar duk sowg2...2 dia nk bg peringatan supaya jgn letak barang merata2 ....hahhahhhaha..ayat skema

Miraa. said...

this is nice :)

♥ ciqqaqa ♥ said...

muahahaha!psni kmpom wasabi fobia ngn sabun attack =P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...