Jun 12, 2012

Biar mimpi sampai ke bintang

Begitu sukar untuk mengapai bintang,
begitu sukar jua untuk mengapai impianku...
Mimpi boleh menjadi kenyataan sekiranya kita berusaha untuk mencapainya...

Kalau nak mimpi, biar mimpi sampai ke bintang..
Usah bermimpi alang-alang, tapi jadikan ianya suatu kenyataan..
Sahabat aku selalu memberi nasihat kepada aku "Jangan mudah berputus asa, biar pun beribu kegagalan menimpa tapi jadikan ianya suatu kekuatan untuk terus berjaya".

Kegagalan demi kegagalan sering kali menimpa hidup aku, tak dapat ku sangkal kan aku mudah untuk mengalah di atas kegagalan itu. Tapi sering kali sahabat aku mendorong aku untuk terus bangkit dan bangkit demi masa depan.

Teringat akan kisah seorang idola aku, dimana beliau sering kali menghadapi kegagalan demi kegagalan dalam kehidupannya. Bukan sahaja kegagalan dalam pembelajaran, bahkah kehidupan beliau lebih teruk daripada manusia biasa dan dia mampu bengkit untuk menjadi seorang idola yang berjaya pada masa sekarang. 
Dikatakan beliau pernah dirogol semasa zaman kanak-kanaknya oleh beberapa orang lelaki yang merupakan saudara-saudara beliau. Ketika beliau menceritakan kisah beliau dirogol kepada keluarga beliau, keluarga beliau tidak percaya sama sekali. 

Kemudia beliau pun melarikan diri dari keluarganya dan bapa nya telah menghantar beliau ke sebuah sekolah. Beliau amat cemerlang dalam akademik dan berjaya merangkul beberapa anugerah sepanjang beliau belajar. Sekarang beliau merupakan seorang wanita yang disegani di mata dunia dan merupakan salah seorang jutawan yang bermurah hati kerana selalu memberikan sumbangan derma terhadap orang yang memerlukan. Beliau adalah Oprah Winfrey, salah seorang idola aku kerana sikapnya yang bangkit daripada kehidupan yang teruk terus menjadi lebih baik pada masa sekarang. Inilah serba sedikit cerita mengenai Oprah Winfrey yang dapat aku letak dalam entry aku kali ini. 

         
*
*The whole point of being alive is to evolve into the complete person you were intended to be."

For those who like to party and release tension, join us here .. 
Have fun together with us and lets partyyy!! 

4 comments:

UniMeOw said...

uni baru taw kesah dia...cyes!

erm,,n3 yg mberi smgt kt uni..tq!!! >_<

Awan Hijau said...

Tak apa. Cuba lagi. :)

ღKekunangpelangiღ said...

berusaha lagi eh. Gagal sekali, biasalah tu. :)

outbound malang said...

kunjungan gan .,.
saat kau kehilangan arah ingatlah masih ada yang menolong mu
dan tetap berdoa mengharap untuk menemukan jalanmu.,.
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...