Jun 2, 2012

Satu Pertemuan Mengubah Segala-galanya..

Suatu ketika di sebuah sekolah menengah, ada seorang budak perempuan terlewat masuk ke kelas. Budak perempuan itu masuk kelas dalam keadaan basah. Basah bukan kerana hujan, tapi basah kerana peluh. Budak perempuan itu pernah mendapat teguran daripada cikgu kelas nya kerana kuat berpeluh. Budak perempuan itu hanya tersipu malu dan hanya berdiam diri.

Jauh di suatu sudut, ada seorang budak lelaki. Budak lelaki berbedan gempal. Budak lelaki yang selalu menjadi perhatian dalam kelas. Perhatian kerja kebijaksaan dan kepetahannya untuk bercakap. Budak lelaki itu duduk hanya di pisahkan dengan 3 buah meja daripada budak perempuan itu. Waktu itu mereka masih menjadi insan yang tidak kenal mengenali satu sama lain.
Pada suatu hari, dalam kelas pendidikan seni seorang cikgu bertanyakan soalan dengan budak perempuan itu.

Cikgu PS: Carrie (rujuk kpd budk perempuan itu), boleh bagitau cikgu 3 jenis warna premier yang  
                perlu ada dalam sesebuah lukisan?

Budak perempuan: *blur* hanya mendiamkan diri ...

Cikgu PS: Carrie, kamu tak dengar ke apa cikgu ajar dalam kelas?!

Budak perempuan: Senyum dan mengaru-garu kepala.


*Tiba-tiba, budak lelaki angkat tangan*


Cikgu PS: Ye, Junior (rujuk kepada budak lelaki)...

Budak lelaki: Cikgu, 3 warna premier dalam sesebuah lukisan adalah merah, kuning dan biru.

Cikgu PS: Yup, betul tu. Okey kelas dengar! Terdapat 3 warna asas dalam sesebuah lukisan iaitu   
                merah, kuning dan biru.

Budak perempuan tertanya-tanya siapakah gerangan orang yang menolongnya ketika itu. Budak perempuan hanya mampu mengucapkan terima kasih melalui pandangan mata sahaja. Disaat itu budak perempuan dan budak lelaki mulai menjadi sahabat. Walaupun sekelas, hanya kerna suatu kejadian persahabatan telah pun bermula. Persahabatan yang mewarnai suatu perhubungan.

The color bring light in our life..

*Pertemuan yang remeh kadang-kala boleh mengikat sebuah perhubungan dalam kehidupan seseorang.Pertemuan itu jua turut menjadi sebuah memori indah dalam kehidupan seseorang*

1 comment:

Mata Pena Fadz said...

yes...pertemuan tu kdg2 tak diduga...adakalanya beri petunjuk kpd prhubungan msa depan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...