Dec 4, 2012

S.O.A.L H.A.T.I

Beberapa hari lepas, aku mengambil kesempatan untuk berchat dengan dia kembali. Setakat untuk bertanya khabar. Setelah sekian lama tidak bertegur siapa, seperti biasa aku jua memulakan langkah pertama untuk menegur.

Daripada topik mengenai kehidupan masing-masing, tiba-tiba topik itu terbuka kembali. Topik yang sering kali membuatkan aku ingin elakkan bukan saja daripada "si dia" bahkan kepada semua insan berjantina "lelaki". Aku bukan lesbian, aku tidak mempunyai minat terhadap sama jenis, cuma aku punya sebab tersendiri untuk mengelakkan diri daripada "disukai dan menyukai".

Dia telah lama ku kenali. Antara dulu dan sekarang terlalu jauh berbeza. Dulu dia seorang yang gemuk tetapi sekarang dia sudah macho tetapi bukan itu yang aku perlukan. Dulu dia amat aku kenali tetapi sekarang aku tidak mengenali kerna terlalu lama tidak bersua muka. Sudah 2 kali dia menyatakan perasaan dia terhadap aku, aku pula hanya mampu gelak tanpa memberi sebarang jawapan kepadanya. Aku berasa ragu-ragu atas kesungguhan dia menyatakan perasaannya kepada aku. Sesungguhnya aku lebih senang membiarkan soal hati ini terbiar tanpa diberi jawapan.


Kalau sememang kita ditakdirkan untuk bersama pasti ada jalan untuk kita berdua. Buat masa sekarang aku ingin gapai impian yang telah lama aku impikan selama ini. Aku punya tanggungjawab yang berat untuk diuruskan daripada memikirkan tentang "Cinta". Walaupun seringkali teman-teman ku tertanya-tanya status aku yang menyendiri dari dulu sampai sekarang dan acapkali menjodohkan aku dengan teman-teman mereka, hati aku masih belum terbuka untuk semua itu. Sekiranya perkataan "Single" membawa erti "kesepian" makanya "Cinta" itu lebih banyak membawa erti "kepahitan".


Sudah 24 tahun aku hidup sendiri, berdikari sendiri dan lebih selesa untuk melakukan segala-galanya sendiri. Biarpun orang mengatakan hidup mereka kesepian tanpa teman disisi, aku lebih senang mangatakan walaupun aku sendiri, Tuhan ada untuk menemani ku selalu. 


p/s: Entry kali ini berkisar soal hatiku yang lama tertutup rapi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...