Mar 17, 2011

Kucing nak bunuh diri??!!

Kucing atau lebih dikenali sebagai "cat" dalam bahasa Inggeris atau "maew" (แมว) dalam bahasa thailand atau "neko neko" (猫) dalam bahasa Japanese telah menjadi suatu haiwan peliharaan kegemaran ramai. Kucing setahu aku ada yang comel dan ada juga yang tak comel. Ala, nie pendapat aku la, mata aku juga nak lihat kucing mana la yang tak comel erkkk..!! Ko apa gago (sibukk!!)

Menurut kata hencik wikipedia, kucing adalah haiwan yang paling jinak dan menjadi haiwan peliharaan terkenal di rumah. Kucing menjadi sebutan ramai kerana kecantikan bulu dan kemontelannya. Aku nie nak kata suka kucing, tak juga, nak kata benci kucing pun tak juga, tapi 50-50 la.. Entah apa-apa la aku merapu nie siot.. 

Tersebutlah cheritera zaman dulu kala, tujuan sebenar aku menulis or write in bahasa omputih atau kakikomi kakikomi (申し遣わす) dalam bahasa Japanese atau kheiyn kheiyn (เขียน) dalam bahasa thailand adalah untuk menunjukkan satu atau dua atau tiga keping gambar..


Gambar di atas merupakan seekor kucing yang sudi menganggap dirinya sebagai sampah dan ingin membunuh dirinya dengan try untuk melakukan percubaan untuk dilupuskan di tempat pembuangan sampah kerana putus cinta. Kucing ini dikenali sebagai cik doerzstci (pandai-pandai la korang pronounce nie k..) telah mengalami kegagalan dalam hubungan percintaannya dengan hencik goidtwpex. Akibat keputusan hatilah telah membuatkan cik doerzstci kecewa lalu melabukan dirinya didalam sinki yang dikhaskan untuk melupuskan sampah-sampah yang ada disekitar hostel aku.


Gambar diatas pula menunjukkan cik doerzstci meronta-ronta menyuruh penulis untuk membuangnya ke dalam tong sampah yang disediakan tapi malangnya hati usus si penulis berasa kesian akan kucing tersebut. Rayuan kucing ini tidak penulis endahkan kerana bunuh diri adalah salah disisi agama. Penulis sekarang berusaha  mencari kucing-kucing jantan untuk cik doerzstci kerana kucing ni mengalami masalah kesunyian yang teramat sangat.

Oleh itu penulis ingin meminta jasa baik para blogger diluar sana supaya boleh mencarikan seekor atau berapa banyak ekor la untuk cik doerzstci supaya kita dapat prevent kucing ini daripada membunuh diri didalam tong sampah. ong sampah amatlah busuk dan pabila ditambah dengan kebusukan bangkai cik doerzstci akan mengakibatkan kecederaan yang serius dalam rongga-rongga hidung manusia sejagat.

p/s: Bersama-samalah kita menyelamatkan diri kita dan kucing ini daripada sebarang bencana. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya, di talian 013 tekan tekan tak dapat or carilah saya di mana-mana pelusuk alam ini.

Sekian, terima kasih. ^^ Kerjasama anda amatlah dihargai.. 

5 comments:

syakey said...

kucing tu tringin bath tub gamaknya kt rumah dia.


XD

nurhafieza said...

COMEL NYEE MEOWW TUH KAT SINGKI ' HAHA

wasabi onee-san said...

syakey: hohohoho, x mampu ag nk beli bath tub utk kucing nie.~
fieza: hahaha, comel2 kn,, mcm wasabi gak nie... ^^

MEOW-MEOW said...

hua! cannot3! bunuh diri adalah dosa besar! kena tolong niyh!! heh~ :'3 (tolong tengok~)

LaDY YeLLow said...

apa la nama kuching 2...ssh sgt nk sebutnyer...hehhehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...