Dec 31, 2011

The End 0f 2011

~sumimasen~

The END of 2011
The time flies too fast..
2011 the year where is all of my friends leave the university life.The year when all of us separated each other, with their new journey of life.
Memorable.
University Life teach us many things especially FRIENDSHIP and learn on how to build a new FAMILY in FRIENDSHIP. Hahahahaha..~
Banyak kenangan yang tak boleh dilupakan sepanjang perjalanan hidup aku sebagai seorang pelajar, dah la hidup jauh di perantauan. Balik rumah pun jarang-jarang. Teringat saat-saat dulu, dimana orang ramai tengah kecoh pasal H1N1, semua pelajar digesa balik ke kampung halaman masing-masing, tapi aku? 

Aku hanya mampu gelak sendiri tatkala melihat gelagat orang disebalik kekecohan itu. Aku tahu aku tak mampu untuk membeli tiket penerbangan nak pulang ke Sarawak, apatah lagi saudara ditempat yang asing ini. Tapi itu peristiwa dulu, aku masih lagi hidup disebalik kekecohan tersebut. Hahahaha..~

Tu baru satu kisah, nie ada lagi kisah seterusnya, dimana 2 sem lepas, tempat dimana aku menuntut ilmu dilanda banjir besar. Tiada jalan untuk keluar dan pelajar disuruh untuk berkurung dikawasan university. Pada masa ini jugalah, kami ditangguhkan final exam dan ramai pelajar merungut akan penangguhan tersebut kerna sudah membeli tiket balik. Aku? Aku hanya mampu tersenyum dengan berita ini, aku bukan gembira cuma berasa bertuah juga kerana dapat merasai hidup yang bermacam cabaran dimasa belajar ini.

Tapi pada final year kali ini, aku tidak mampu untuk tersenyum lagi. Aku seakan-akan jatuh, aku merasakan aku tidak mampu untuk memikul beban ini. Aku merasai tidak kuat untuk menghadapi segala masalah yang membelenggu diri ini. Tapi atas nasihat seorang sahabat, dia tidak ingin melihat aku jatuh sekali lagi, keinginan dia hanya untuk aku turut serta mengenggam sekeping ijazah bersama dia. 

Aku kena kuat untuk menghadapi saat-saat akhir seorang pelajar. Aku tahu aku harapan keluarga aku. Aku tunggak utama mereka, aku kena kuat, aku kena berusaha untuk maju. Terima kasih atas nasihatmu sahabat, engkau telah memotivasikan aku. Terima kasih atas segalanya.

The End of 2011, the very tough year for me. Perpisahan seringkali berlaku tapi tanpa perpisahan kita tidak akan dipertemukan dengan seseorang yang lebih baik. Persahabatan memang akan kekal untuk selama-lamanya tetapi itu terpulang jua akan kesungguhan orang itu untuk mengekalkan persahabatannya. 

>_________<


2 comments:

iAmCekbolat said...

be patient.. hepy new year ^^

Liza Razak said...

happy new year..and have blissful years ahead

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...