May 25, 2012

Laskar Pelangi

Mimpi adalah kunci

Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia



Selamanya... 



Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di bumi

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia



Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia



Selamanya... 

Selamanya... 


Laskar pelangi
Takkan terikat waktu...



Kehidupan ini ibarat sebuah roda yang sering kali berputar-putar menuju ke sebuah destinasi yang tidak ketahuan arah tujunya. Laskar Pelangi, sebuah movie terbaik yang harus ditontoni. Sebuah movie berkisah realiti kehidupan seharian. Aku mula berfikir sejenak selepas menonton movie ini.

Aku mengimbas kembali suatu ketika dulu, aku tidak pernah berasa syukur akan kehidupan aku selama ini. Aku sering kali mengeluh dengan apa yang ada dan sering kali berasa tidak puas hati atas apa yang pernah ada dalam kehidupan aku. Aku sering kali jua berasa diri aku lebih menderita sedangkan ada orang lain jauh lebih teruk kehidupannya dari aku.

Aku insaf. Aku teringat akan kisah seorang kenalan aku beberapa bulan lepas. Bapanya telah dimasukkan ke hospital dan telah disahkan menghidap kanser hidung. Sahabat aku tiap-tiap hari berjaga di hospital hanya untuk menemani bapanya yang sakit, Sahabat aku tanpa putus asa tetap menjaga dan terus mengubati bapanya. Walaupun ditimpa kesusahan yang sebegitu mencabar, sahabatku itu tetap tampak ceria dan bersemangat dalam meneruskan kehidupannya. Aku berasa kagum akan ketabahan sahabatku itu. 

Hari ini, aku menerima sebuah berita daripada sahabatku itu. Sahabatku itu mengatakan bahawa doktor telah mengesahkan bapanya mampu melawan kanser tersebut dan sel-sel kanser sudah semakin hilang daripada badannya. Sahabatku berasa amat gembira dengan berita baik itu. Bagi aku, kasih sayang yang di berikan oleh keluarga sahabatku terhadap bapanya turut membantu menyembuhkan penyakit kanser yang telah dialami. The power of love is the best medicine to heal people life. 

*Semoga kehidupan ini akan menjadi lebih baik daripada hari-hari sebelumnya. Hidup ini harus dinikmati dengan penuh kegembiraan, bukan dengan kesedihan.*

1 comment:

Potia Casadelarossa said...

Kita dpt berdiri hari ini xmungkin 1 hr nnt kita akan brada ditmpatnya pula..olh itu kita hrs bsyukur disempurnakan dgn kesihatan olh Nya..

Ps: menarik cerita ni.. Kagum dgn kwn awk..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...